Overview Tentang Handphone Refurbished.
Perkara pertama yang anda perlu tahu tentang handphone set refurbished ini adalah ia bukannya model handphone yang baru (First hand), dan ia juga bukan handphone second hand. Bagaimana keadaan ini berlaku?
Ramai orang yang membeli handphone dan kemudiannya mengubah fikiran mereka dengan mengembalikan semula device tersebut hanya dalam tempoh beberapa hari, walaupun device tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Walaubagaimanapun, device ini tidak boleh secara sah dijual semula sebagai handphone baru. Ada juga device yang dikembalikan kerana ia sudah tidak berfungsi dengan baik lagi kerana rosak pada bahagian tertentu atau pemilik device tersebut mahu menukar kepada model yang baru. Tidak ada sebab-sebab yang khusus kenapa device yang digunakan dikembalikan semula.
Handphone refurbished set secara amnya adalah handphone yang telah digunakan, tetapi mempunyai minor problem yang tidak melibatkan motherboard ataupun handphone yang digunakan hanya sementara waktu, kerana hanya mahu menggunakan khidmat telco sahaja. Kebanyakan kes ini hanya terdapat di negara-negara luar. Jadi device ini akan diperbaharui 100% dari pihak ketiga, mereka akan membeli set yang mempunyai masalah ini dan mereka menukar segala kerosakan. Selepas membaiki, mereka melakukan fully testing kepada device tersebut supaya tiada lagi kerosakan. Mereka juga akan memberi warranty mereka sendiri selama setahun dan ia bukanlah dari pihak pengeluar. Sebagai contoh i phone oleh apple. Semua part yang ditukar tetap 100% original. Yang membezakannya ialah tempoh warranty yang diberikan.
Second hand Vs Refurbished
Handphone terpakai hanya dijual tanpa melalui proses pembaikan dan diuji. Biasanya ia tidak disediakan dengan waranti yang meyakinkan. Handphone refurbished berbeza daripada second hand kerana ia diuji, dibaiki mengikut keperluan dan dibersihkan semula. Handphone set refurbished ini sepatutnya akan berfungsi seperti baru dan didatangkan dengan waranti. Kadang-kala ada handphone dikatakan dijual dengan status refurbished, hakikatnya ia hanyalah model second hand. Pembeli perlu lebih bijak untuk selidik terlebih dahulu sebelum membuat pembelian.
Kelebihan Handphone Refurbished
Dalam kebanyakan kes, handphone yang dikembalikan semula oleh pembeli bukanlah kerana handphone tersebut mempunyai kerosakan tertentu, tetapi kerana mereka tidak selesa dengan handphone tersebut mungkin kerana design, sistem atau juga mereka mahu menukar handphone untuk mendapatkan teknologi terkini. Pembeli set refurbished juga boleh mendapatkan handphone dengan teknologi terkini pada harga yang lebih murah. Handphone set refurbished juga menawarkan model-model yang tidak dikeluarkan lagi oleh pihak pengeluar. Sebagai contoh sesetengah pengguna suka kepada design sesuatu handphone itu, tetapi model itu tidak dikeluarkan lagi. Segelintir pengguna juga sudah tidak mahu lagi menggunakan handphone yang terkini kerana malas mendalami tentang sistem terkini. Dengan membeli handphone set refurbished juga pengguna dapat memberikan impak positif terhadap alam sekitar dengan menyelamatkan satu peranti elektronik yang masih baik daripada ke tapak pelupusan
Risiko membeli handphone set refurbished adalah ia mungkin bukan set refurbished, tetapi second hand. Dalam kebanyakan kes, tidak ada cara untuk mengetahui status telefon tersebut kerana kurangnya pengetahuan. Kualiti telefon refurbished ini juga bergantung kepada jenis kerosakan yang dialami sebelum dibaiki. Masalah juga boleh berlaku sekiranya model tertentu handphone mempunyai masalah yang kerap. Sebagai contoh model A memang diketahui dengan masalah charging port yang senang rosak. Bahagian ini akan berisiko untuk rosak semula walaupun telah ditukar baru. Pengguna perlu membuat sedikit kajian tentang model yang mahu dibeli untuk melihat feedback pengguna terhadap produk tersebut.
Keputusan untuk membeli hand phone refurbished perlu mengambil kira beberapa faktor, seperti faktor harga, risiko, dan jenis handphone.
Faktor yang paling utama untuk membeli handphone set refurbished adalah harganya yang lebih murah dengan segala parts yang telah diperbaharui. Membeli handphone set refurbished adalah satu cara untuk pengguna setia menggunakan model kegeramaran dalam jangka masa yang lama. Dengan membeli handphone set refurbished juga dapat membantu alam sekitar. Hari ini banyak syarikat elektronik yang menggunakan produk mereka dengan semaksima yang mungkin sebelum dikitar semula. Ini dapat menjimatkan tenaga.
Masalah yang paling utama dalam pembelian handphone set refurbished adalah ia bukannnya set refurbished telah diperbaharui. Ia mungkin produk second hand atau bermacam lagi keadaan kita tidak ketahui. Ramai juga orang membeli telefon set refurbished untuk menggantikan telefon mereka yang telah hilang atau dicuri. Sekiranya handphone tersebut benar-benar refurbished set, kualiti bukanlah masalah yang utama. Sudah tentu juga handphone refurbished ini boleh mengalami kerosakan tertentu. Ia sama juga dengan telefon baru. Tiada benda yang boleh dijamin 100% akan berfungsi dengan baik. Untuk mengatasi masalah ini pihak provider pastinya akan memberikan waranti kepada pengguna.
Sekiranya pihak penjual tidak menyatakan handphone yang dijual adalah refurbished set mereka selalunya akan meletakkan nama handphone “new set/original set” untuk mengaburkan mata pelanggan. Handphone set refurbished perlu dinyatakan dengan jelas. Pembelian juga haruslah dibeli dengan penjual yang dipercayai.
Handphone set refurbished menawarkan harga yang mampu dimiliki. Perlu diingat ia bukanlah produk yang asal, ia adalah produk yang diperbaharui. Dengan pemberian waranti boleh memberikan lebih kepastian kepada pembeli. Pembeli saharusnya membuat sedikit kajian sebelum membuat sebarang pembelian bagi mengelakkan daripada ditipu.
Untuk makluman, saya tidak lagi menjual Phone model refurbished ini. Artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan panduan kepada anda berkenaan phone set refurbished. Kalau berminat nak order boleh lah whatsapp no ni 0182794387 dan jangan lupa follow instagram kami di @BlackSquareOfficial